Saturday, January 19, 2019

PENGHARGAAN

ULASAN eBOOK PANDUAN MENGURUS ENTERPRISE

Penulis : Hazwani Abd Hamid

https://panduanmengurusenterprise.blogspot.com/

Pada pandangan saya bagi mereka yang baru dan berminat untuk menubuhkan perniagaan berbentuk enterprise bolehlah membaca eBook ini. eBook ini sagat lengkap dalam memberi panduan kepada pemilik terutama sekali melibatkan pengurusan dokumen -dokumen kewangan perniagaan seperti bil, invoice, baucer tunai dan lain-lain dokumen kewangan perniagaan.

Penulis telah berkongsi secara detail dalam membantu pembaca memahami setiap tajuk dengan penggunaan bahasa yang sangat mudah untuk di fahami dan ringkas tatbahasanya.

ULASAN eBOOK INSPIRASI BEKERJA DI RUMAH

Penulis : Puan Masayu Ahmad

http://www.masayuahmad.com/2013/11/mula-bisnes-tanpa-modal.html

Membaca eBook ini banyak membuka mata dan memberi kesedaran kepada pembaca seperti saya. Buku ini menerangkan kaum wanita terutamanya boleh berniaga dan bekerja di rumah sahaja tanpa perlu merempuh kesesakan jalan raya dan tekanan di tempat kerja.

Buku ini menerangkan jenis pekerjaan yang sangat mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal iaitu dengan menjadi agen serta mempromosikan produk media sosial. Masa dan tempoh boleh ditentukan sendiri oleh surirumah tanpa terikat dengan peraturan agensi atau syarikat.

DAlam buku ini juga Penulis ada memberikan tips bagaimana mengumpul wang komisen hasil dari sebagai agen dropship tersebut dan surirumah boleh menjana pendapatan tetap jika melakukan secara konsisten.

Saya merasakan teknik ini boleh diajar kepada ibu tunggal yang menerima bantuan bulanan dari JKM dan Baitulmal sebagai cara membantu mereka keluar dari kepompom kemiskinan dan seterusnya berdikari. Ia seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada bantuan dari kerajaan semata-mata.

ULASAN eBOOK YEAY! MAMA SUDAH "RESIGN"

Penulis : Masayu Ahmad

http://www.masayuahmad.com/2016/05/yeay-mama-sudah-resign.html

Membaca eBook guru saya ini membuatkan hati saya juga bergelora dan tidak sabar untuk menjadi seperti beliau meletakkan jawatan dan bergerak secara bebas sebagai perunding dan motivator. Gaya penulisan dan penceritaan yang di gunakan oleh penulis ini sangat mudah di fahami dan dirasai. 

Penulis berjaya membuka minda saya selama ini bahawa rezeki ada di mana-mana tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja. Semoga saya suatu hari nanti dapat merealisasikan impian bekerja sendiri dan memberi tumpuan kepada keluarga. Semangat saya kini selepas membaca buku ini membuatkan saya ingin segera melaksanakan impian lama yang tertangguh. 

ULASAN eBOOK ENGLISH IS SUPER EASY FOR BEGINNER

https://englishissupereasy.blogspot.com/

Ebook ini sangat mudah untuk difahami dan membantu pelajar dan ibubapa. Penggunaan bahasa Inggeris yang mudah memudahkan pembaca memahaminya. Ia juga sesuai digunakan bagi semua lapisan masyarakat yang ingin belajar dan memantapkan penulisan bahasa Inggeris.

Penulis telah menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas dalam menerangkan bagaimana menyusun ayat yang tepat. FunVocabs, FunGrammars sangat ringkas dan padat. eBook ini boleh dijadikan salah satu bahan bantu belajar kepada anak-anak dalam menguasai bahasa Inggeris tanpa tekanan.

Friday, January 11, 2019

ULASAN eBOOK PANDUAN STRATEGI LANCAR MENULIS

ZAIHA HZ

https://strategilancarmenulis.blogspot.com

eBook ini sangat menarik kerana ia boleh dijadikan panduan kepada bakal-bakal penulis baru. Buku ini boleh manfaatkan sebagai salah satu rujukan kepada penulis kategori beginner seperti saya yang baru hendak berjinak-jinak dengan alam penulisan.

Panduan yang diberi adalah mengikut langkah demi langkah yang boleh diikuti. Penulis menggunakan gaya bahasa mudah dan santai dalam memastikan pembaca boleh memahami apa yang ingin disampaikan.

Susunan langkah demi langkah, panduan pemilihan genre yang mahu ditulis antara yang sangat membantu kepada mereka baru dalam arena penulisan ini.

ULASAN eBOOK BERCERAI BUKAN SATU MUSIBAH

Teks: Sariah Awang Senik

https://berceraibukansatumusibah.blogspot.com

Perceraian adalah satu perkataan yang sangat ditakuti oleh kebanyakkan kaum wanita yang telah berahwin. Bercerai umpama dunia telah kiamat bagi mana-mana kaum wanita.

NAmun demikian, penulis memberi satu nafas baru bahawa tidak semua perceraian itu menamatkan harapan dan impian mana-mana wanita. Penulis mahu pembaca memahami perceraian kadangkala boleh membawa kebaikan kepada sesetengah wanita.

TAjuk-tajuk yang ditulis banyak menitipkan panduan dan motivasi kepada wanita yang mengalami situasi ini. eBook ini sangat menarik untuk dibaca dan boleh memberi inspirasi kepada wanita di luar sana agar kembali bangkit dalam menongkah arus kehidupan.

Mesej utama penulis kepada kaum wanita terutama yang harus melalui fasa perceraian atau perpisahan dengan pasangan ialah kehidupan harus diteruskan. Tiada penamatan dalam kehidupan dan wanita itu harus terus berjuang untuk dirinya dan insan-insan yang ada bersama-samanya. 

ULASAN eBOOK SIHAT DAN CERGAS DIUSIA 40

Teks:  Sihat dan Cergas di Usia 40

https://sihatcergasusia40.blogspot.com

eBook ini sangat menanrik kerana penulis mengupas simptom-simptom yang akan dialami setiap dari kita apabila mencecah usia 40 tahun. Semua individu ada merasainya, begitu juga saya.

Penulis telah menerangkan cabaran-cabaran yang menanti apabila menanti usia 40 tahun dari sudut pandangan kesihatan. Pada peringkat ini juga kita akan mengalami proses menopous, premenopus, sakit belakang dan lain-lain simptom.

Penulis telah menulis panduan gaya hidup yang sesuai ketika di usia ini. Aktiviti-aktiviti yang boleh lakukan dan selamat untuk dilakukan. Penulis banyak memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti fizikal dalam buku ini.

Gaya bahasa ringkas dan mudah difahami tanpa terma-terma yang berat. Pembaca boleh memahami dengan baik. eBook ini sangat sesuai dimiliki setiap dari kita terutama mereka yang bakal berusia 40 an dan yang sudah menjejak usia itu.

ULASAN eBOOK JADILAH REMAJA BERJAYA DAN BAHAGIA

Buku yang sangat menarik dan sesuai dijadikan bahan bacaan kepada golongan remaja. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai panduan dan motivasi kepada remaja-remaja yang sedang menjadi arah tuju dalam kehidupan.

Melalui kisah-kisah remaja yang dikongsikan yang sarat dengan pelbagai pengajaran boleh dijadikan sebagai pedoman kepada remaja lain. Panduan yang dititipkan juga sangat menarik serta penulis turut menitipkan panduan dari sudut agama islam itu.

Penulis bijak mengolah susunan tajuk yang mana pasti akan menarik minat pembaca membaca dari satu tajuk ke tajuk berikutnya. Penggunaan bahasa yang mudah difahami serta santai menjadikan pembaca boleh menghayatinya dengan lebih baik.

ULASAN eBOOK KEMBARA DI BUMI MESIR

Firdaous Mohd

https://kembaradibumimesir.blogspot.com

eBook ini adalah bacaan ringan dan santai tapi mempunyai informasi yang sangat baik terutama untuk mereka yang pertama kali ingin mengembara ke bumi Mesir. Penulis turut berkongsi panduan perkara-perkara dan keperluan yang perlu untuk pengembaraan ini.

Penulis turut berkongsi catatan pengalaman beliau bermula dari tanahair hinggalah tiba di bumi Mesir. Lokasi-lokasi menarik yang dikunjungi serta pengalaman beliau ketika berada di sana. Bahasa yang digunakan juga sangat santai dan tidak memberatkan pembaca memahaminya.

Membaca eBook ini seakan kita sendiri mengembara ke sana, penulis bijak membuat pembaca boleh merasai setiap detik dan debaran yang dirasai oleh penulis sendiri.

ULASAN eBOOK MENANTI KEMBANG DAFFODILS

eBook  ini menceritakan bagaimana perjuangan dalam perjalanan kembara ilmu di negara orang yang asing. Penulis menceritakan pahit getir dalam perjuangan pasangan dalam menyelesaikan pengajian yang diuji dengan penyelia kajian menghilangkan diri dan perlu berhadapan dengan penyelia baru yang mempunyai caranya tersendiri.

Dalam berhadapan ujian yang mendatang Allah mengirim berita gembira bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru. Kisah pahit manis perjuangan dalam pencarian ilmu yang tidak semua orang mampu hadapinya. Penulis juga menceritakan bagaimana beliau melalui setiap ujian dalam perjalanan dan kisah ini sangat menarik untuk selusuri kerana banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan.

Kesimpulannya kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun Allah adalah sebaik-baik perancang. Setiap kejayaan pasti bermula dengan kegagalan.

Saturday, January 5, 2019

KATA PENGARANG

SEMOGA AKU TIDAK SOMBONG DENGAN NIKMAT ALLAH

Impian terbesar aku kini ialah agar aku tidak sombong dengan nikmat dan anugerah yang Allah beri.

Aku mahu terus berjuang mengikut ketetapanNya dan aturan yang telah ditetapkanNya

Aku mahu terus menjadi insan yang sedar asal-usulku

Aku sentiasa sedar matlamat hidupku

Aku tetap kekal menjadi insan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain

Aku terus fokus kepada setiap pekerjaan dan ibadahku.

Dan paling penting aku tetap kekal menjadi diri aku sendiri sehingga ke akhir hayat.

Aku juga sentiasa berdoa agar perjalanan hidupku ini dapat menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutama sekali buat anak-anakku. Anak-anak ini tidak pernah tahu kepayahan yang dilalui aku. Mereka lahir ketika aku telah berjaya hidup dalam keselesaan. Mereka tidak pernah tahu apa yang aku pernah rasa.

Ya Allah, jika aku melakukan perkara yang Kau redhoi maka perkenankanlah doa-doaku, tapi jika tidak Kau bimbinglah aku ke pangkal jalan. Aamiin

Terima kasih Tuhan!



Friday, January 4, 2019

KASIH SAYANG DARI ALLAH

Ujian, cabaran dan dugaan adalah perkara yang kita tidak suka. Begitu juga aku. Dahulu aku sering mengeluh, menangis dan menyesali dengan kehidupanku sendiri. Aku sering berfikir bahawa diriku ini tiada masa depan. Aku pernah cuba untuk menamatkan nyawaku sendiri. Ya, aku pernah mempersoalkan kenapa Allah lahirkan aku dalam keluarga ini, kenapa begitu, kenapa begini. Aku pernah satu ketika menjadi manusia yang hilang arah dan pedoman, iman yang tipis. Namun rupa-rupanya itulah tanda sayang Allah kepadaku. Allah jentik hatiku dengan kasih-sayangNya. Allah beri hidayahnya. Umpama tersedar dari mimpi ngeri. Bermula ketika itulah aku bangkit kembali, melangkah dan tidak menoleh kebelakang lagi. 

Ada harga yang harus aku bayar demi sebuah kehidupan kini. Ada airmata yang mengalir dan tumpah. Ada hati yang terasa dan tersinggung. Namun aku tidak mampu lagi menoleh sekadar meratapi apa yang telah tertulis. Aku harus kuat dan gagah demi masa depanku. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kepastian dan esok belum pasti ia menjadi milik aku. 

USAHA, DOA DAN TAWAKKAL

Kejayaan tidak datang dengan sendirinya. Kejayaan perlu ada keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh. Aku sangat bersyukur dengan kasih-sayang yang Allah beri. Dia anugerahkan aku satu sikap yang tidak mudah kalah. Ya, aku seorang yang tidak mudah kalah. Berkali-kali jatuh aku tetap berusaha bangkit dan kembali melangkah. 

Selain berusaha, aku juga percaya kepada doa, sebagaimana Nabi pernah berkata "Doa adalah jantung ibadah". Aku percaya selain doa yang dipanjatkan oleh aku sendiri, aku sedar ada insan-insan yang sering mendoakan kejayaan aku dalam diam. Insan-insan itu tidak lain tidak bukan ibu, suami dan kaum keluargaku sendiri serta sahabat-sahabat. 
semoga Allah terus kekalkan aku dalam berusaha menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. 

LANGKAH PERJUANGAN YANG BELUM TERHENTI

Aku sedar, dalam usaha menggapai impian tiada istilah cukup atau memadai setakat ini. Aku harus perlu terus berusaha sehingga mata terpejam. Jika bukan untuk diriku sekurang-kurangnya aku lakukan untuk kebaikan orang lain. Minat dan sayang kepada kerjaya sekarang ini bukan datang bergolek. Ia hadir dari pengalaman sendiri. Aku melaluinya pahit getir kehidupan yang sangat menyakitkan. Aku pernah merasai segala kepayahan, sebab itulah aku boleh merasai denyut nadi klien-klien yang pernah aku temui dan kendalikan. 

Namun sebagaimana prinsip kerja sosial itu sendiri setiap manusia itu adalah individu, walaupun zahirnya nampak sama tapi perbezaan tetap ada. Itulah uniknya Allah menciptakan kejadian manusia itu sendiri. Sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran dengan menyatakan bahawa kita manusia telah diciptakan dalam bentuk sebaik-baiknya. seperti berikut:-

"Sungguh, Kami telah Menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya"
(Surah At-Tin:4)
 Aku sedar, walaupun kini kehidupan aku lebih baik berbanding dahulu namun langkah perjuangan ini perlu diteruskan. Aku harus terus berjuang demi anak-anakku dan agamaku. Kejayaan bukan dicapai hanya untuk diri kita sahaja, tetapi mampu memberi manfaat kepada orang lain.

NIKMAT YANG DISYUKURI

Jika ditanya apa perasaan aku kini? Aku bahagia dan bersyukur dengan nikmat yang Allah telah beri. Dahulu aku serba kekurangan dan hidup dalam kemiskinan. Jika dahulu kehidupan kami sekeluarga sangat daif, terpaksa meminta-minta dengan JKM dan Baitulmal bagi memastikan kelangsungan hidup kami sekeluarga. 

Dahulu aku sering menangis kerana kelaparan, kini tidak lagi. 

Dahulu aku hanya mampu memandang kehidupan orang lain yang sangat selesa, kini aku sudah mendapat.

Dahulu pakaian yang bersarung di tubuh adalah sisa pemberian orang lain, kini tidak lagi.

Dahulu rumah kami tidak serupa rumah, Alhamdulillah kini aku bahagia dengan istana kecil kami.

Paling penting dahulu aku berangan-angan mahukan sebuah keluarga yang harmoni, Alhamdulillah kini aku membina keluargaku sendiri mengikut acuan yang aku impikan. 

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Tuhan di atas segala nikmat yang Kau beri

"MEREKA KATA AKU GILA"

Pagi itu hari Isnin dalam bulan Oktober 2018 cuaca sedikit dingin. Aku mengambil peluang berdiri di koridor pejabat pentadbiran memandang permandangan sekitar kawasan institusi. Dari kejauhan kelihatan Hamimah mundar-mandir di hadapan pejabat operasi.


"Ishh...tak penat ker Mimah ni, pergi balik, pergi balik?" aku bermonolog sendiri. Begitulah keadaan Mimah. Dia salah seorang penghuni di institusi ini. Telah berusia 54 tahun tapi mengalami masalah delusi yang sangat kronik. 

"Aku dengor dia cakap-cakap kat telinga aku, aku tak suka dia" Pernah Mimah bercerita pada aku apa yang dialami. Mimah mengalami gangguan delusi atau Delutional Disorder. Ia merupakan salah satu penyakit jiwa dan perlu diberi rawatan oleh Pakar Psikiatri. Demikianlah Mimah, beliau wajib mengambil ubat-ubatan yang telah ditetapkan bagi mengawal gejala yang ada. Namun demikian Mimah seorang yang sangat ramah, jika dia nampak aku dia pasti datang dan memelukku. Dapat dirasakan kasih sayang yang ada dalam dirinya. Namun beliau kini sebatang kara. 

"MAK...NAK TIPON"

“Mak…nak tipon…” Dialog wajib dari anak gadis yang berasal dari Sarawak ini. Setiap kali nampak aku meronda, dia minta untuk aku benarkan dia menghubungi emaknya di Sarawak. 
“Mak dah telefon nombor tu...tapi dah tak dapat” Aku harus berhati-hati agar dia tidak berkecil hati.
“Nak tipon…” airmatanya telah mula bertakung. Alahai...ini yang boleh buat aku nak menangis sama ni.
“Nanti mak cuba lagi ya” saya terus memujuknya.  Beliau teringin sangat hendak bercakap dengan ibunya, namun nombor waris yang ada dalam rekod kami sudah tidak aktif. Dia tidak pernah melupakan ibunya. Kerinduannya tiada sempadan. Masihkah ada sinar untuk anak ini sesuai dengan nama tempat ini?

AKU SEORANG SENIMAN

Syuib OKU fizikal dan sedikit masalah pertuturan, namun beliau masih boleh berkomunikasi dengan dengan insan lain. Beliau anak JKM kerana sebaik sahaja dilahirkan beliau telah ditinggalkan oleh ibunya dan sehingga tiada siapa mengetahui di mana ibunya. Shuib dipindahkan ke institusi ini memandangkan institusi sebelum ini hanya menempatkan kanak-kanak sahaja. Shuib antara penghuni awal institusi ini dan dilantik sebagai penghulu di kalangan penghuni.

Shuib mempunyai kebolehan bakat menyanyi. Malam ini 6 Disember 2018 ada majlis makan malam sempena sambutan Hari OKU Antarabangsa Peringkat Institusi. Shuib dikatakan memberi persembahan beberapa buah lagu kepada para tetamu. Aku tidak sabar untuk mendengar dan melihat persembahannya.

"Baiklah, untuk memeriahkan majlis malam ini dipersilakan Saudara Shuib untuk mempersembahkan sebuah lagu sebagai pembukaan iaitu lagu bertajuk Taman Sinar Harapan, dengan segala hormatnya dipersilakan" Pengacara majlis mengumumkan Shuib akan mempersembahkan lagu sebagai pembukaan acara.

Lirik lagu: Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu

Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu
Pusat Jagaan bagi kami semua yang hadapi kecacatan (2x)

Taman Sinar Harapan
tempat kami menumpang kasih
hanya mengharap belas simpati dari insan yang penyayang (2x)

Chorus:

Kasih sayang itu yang kami dahagakan
perhatian itu yang kami perlukan
Belaian kasih mesra yang kami semua idamkan
Jangan biarkan kami terus kesepian

Buat ayah dan ibu, kami sentiasa merindumu
Jasamu melahirkan kami moga Tuhan menyayangimu


Kasih sayang itu yang kami dahagakan
perhatian itu yang kami perlukan
Belaian kasih mesra yang kami semua idamkan
Jangan biarkan kami terus kesepian

Bukan kami meminta untuk dilahirkan sebegini
Kami bersyukur apa yang ada, kami berserah pada ilahi (2x)


Sebaik beliau menamatkan nyanyiannya, airmataku bergenang.

"Alamak cairlah makeup aku" getusku sambil menyeka airmata yang hampir tumpah. Sebak dada aku menghayati bait-bait lirik lagu ini. Allah Hu Akhbar

AKU ANAK 'GANU'

Pagi ini dapat panggilan daripada PKM Ayu yang bertugas memaklumkan seorang penghuni kami menolak untuk mengikuti aktiviti pemulihan daripada jurupulih terapi fizikal. Nampak gayanya aku harus turun bertemu sendiri penghuni ini.

Sebaik tiba di hadapan unit fisio, Nurin ada di sana. Dari jauh dia dah tersengeh-sengeh memandang aku.

"Mommy, hari ini saya dok mahu buat fisio" Belum sempat aku bertanya dia sudah beritahu. Alahai, Nurin buat aku penat berjalan dari pejabat pentadbiran ke bahagian operasi, sudahlah institusi ini sangat luas kawasannya.

Aku berusaha memujuknya. Dia beritahu sedang rindukan kakaknya yang berada di kampung. Mujur dia mahu menyambung kembali latihan tersebut setelah aku berjaya memujuknya. Aku bergegas kembali ke pejabat kerana ada tetamu sedang menanti.

Nurin, asal dari Terengganu di hantar ke institusi ini dengan tujuan menjalani pemulihan anggota kaki yang telah patah agar boleh kembali berjalan dan berdikari. Pada masa yang sama beliau mengalami masalah kecacatan  kategori masalah pembelajaran (Lembam). Semoga impiannya menjadi kenyataan. Impiannya hanya satu kini iaitu mahu kembali ke pangkuan kakaknya di Terengganu.

Thursday, January 3, 2019

SAYA RINDUKAN MAK DAN BAPAK

"Saya nak jumpa bapak, jumpa mak saya" rintih anak OKU terlantar yang kini telah disahkan menghidap kanser payudara. Anak ini telah dihantar ke institusi sejak beberapa tahun yang lalu. keadaan fizikalnya yang terlantar dan sesekali beliau akan mengalihkan tubuhnya. 

"Ok, nanti bapak datang ya, bapak tak sihat, mak pun kena jaga bapak" aku memujuk anak ini. selain mengalami kecacatan fizikal beliau turut mengalami kecacatan masalah pembelajaran, pertuturan beliau tidak jelas. 

Sejak aku berpindah ke sini anak syurga ini sangat menyentuh perasaan aku, manakan tidak masa anak aku sendiri nak cucuk jarum pun aku tak sanggup nak tengok, tapi demi anak ini aku terpaksa ikut sekali masuk ke bilik prosedur ketika Doktor melakukan prosedur mengambil tisu kanser di bahagian payudaranya. Aku seorang yang penakut, tetapi demi ini anak ini aku jadi berani melihat prosedur tersebut. Demi anak ini aku berulang-alik ke hospital menguruskan keperluan anak ini. Kini anak ini terpaksa menjalani rawatan radioterapi untuk kansernya. Anak ini tidak tahu apa itu kanser, apa yang dia tahu sakit sahaja.

Setiap kali rondaan, bila dia nampak aku luahan dia ialah ingin pulang ke pangkuan ibu dan bapanya. Ada ketika aku tiada jawapan untuk setiap permintaan darinya. Dahulu jiwa aku sangat keras, tapi dengan anak ini aku kalah, aku lemah. 

OTHELLO SYNDROME

Satu hari di bulan November 2016, sedang aku tekun menyiapkan kertas siasatan kes TASKA, satu mesej melalui whatsapp telah masuk dari seorang pegawai kanan JKM. Beliau merujuk satu kes keganasan rumah tangga yang berlaku di daerah tempat aku bertugas untuk aku teliti dan bantu mengikut kapasiti jabatan berdasarkan peruntukan akta. Beliau memaklumkan telah memberikan nombor telefon bimbitku kepada pengadu. 

Keesokan harinya, seperti biasa aku melakukan kerja-kerja rutin aku mengemaskini fail-fail siasatan di bawah kawalan aku. Kira-kira jam 11 pagi, aku menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku orang yang membuat aduan berhubung seorang kakitangannya menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi. Pelaku dikatakan adalah suami mangsa. Setelah perbincangan dilakukan, klien tidak dapat datang ke pejabat atas beberapa faktor keselamatan mangsa. 

Mangsa merupakan seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Beliau telah berkahwin selama 19 tahun dan mempunyai empat orang anak yang berusia antara 2 tahun hingga 17 tahun. pelaku seorang pensyarah di universiti awam. Kebetulan di pejabat aku bertugas ada seorang pelatih kaunselor yang sedang melakukan latihan praktikum. 
 
"Fat, free tak sekarang?" aku memulakan bicara.

"kenapa kak...Fat free sekarang" lega aku mendengar. Aku memerlukan seorang kaunselor sebagai peneman untuk bertemu kes ini. Entah mengapa naluri aku kuat mengatakan ada sesuatu dengan kes ini. Pengalaman mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga sebelum ini banya mengajar aku untuk lebih berhati-hati dan prihatin dengan persekitaran serta naluri sendiri. 

"Jom ikut akak, ada satu kes KRT...minat tak?" sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk mengendalikan kes KRT. 

"Boleh kak, nak sangat" katanya. Tanpa melengahkan masa kami berdua terus bersiap dan aku memandu kereta sendiri ke lokasi yang telah dipersetujui. Kebetulan hari tersebut hari Jumaat, sebaik kami tiba di lokasi kami berehat sebentar sementara menanti pengadu dan mangsa. 

Akhirnya kami dapat bertemu dengan mangsa, setelah menunggu hampir 15 minit. Pertama kali melihat ada kesan-kesan lebam yang semakin pudar di wajahnya. Mangsa menundukkan wajah dan mengelak untuk bertentang mata. 

"Assalamualaikum Puan, saya Nor Azian dan ini rakan setugas saya seorang kaunselor. Puan tahu tujuan pertemuan kita petang ni kan?" aku tidak mahu mendesak mangsa. Di dalam keadaan mangsa, kesediaan mangsa untuk dibantu adalah sangat penting sebelum memulakan intervensi kerja sosial. Pada tahap ini adalah saya akan mewujudkan hubungan yang selesa atau rapport dengan klien agar klien atau mangsa bersedia dengan perjalanan sesi. 

"ya, saya tahu..." ringkas jawapannya....

Saya mengambil dahulu maklumat asas yang diperlukan dan selepas 20 minit dan saya melihat klien semakin tenang dan selesa barulah meminta klien menceritakan apa yang berlaku. 

"Suami saya terlalu kuat cemburunya puan, handphone saya pun dia kawal, kuat cemburunya. pernah boss saya hantar email berkaitan saya dan dia baca...teruk saya kena pukul lepas tu. telefon saya tak boleh jawab jika ada bersama dia...di kawal semua termasuk akaun bank saya...segala-galanya" bicaranya. Othello Syndrome adalah sejenis penyakit mental, dalam bahasa mudah othello syndrome ialah cemburu buta. 

Tepat sekali naluri aku pagi tadi dapat merasakan ada sesuatu yang lain dalam kes ini. Aku dapat merasakan cabaran mengendalikan kes ini sebagai pekerja sosial. Aku perlu buat kajian betul-betul sebelum membantu klien...

DEMI IBU

Pada tahun 2016 ketika aku sedang mengendalikan bersiap untuk menjadi urusetia mesyuarat Agensi Teknikal Pendaftaran TASKA dan pusat jagaan peringkat Daerah Klang, Puan "F" dari Pejabat Kesihatan Daerah Klang memaklumkan ada seorang rakannya ingin bertemu denganku berhubung kes keganasan rumah tangga. Beliau meminta izin dari ku untuk menyerahkan nomboer telefon bimbit ku kepada rakannya. Aku menjangkakan mungkin rakannya ini mahu merujuk kes atau bertanyakan pendapat sahaja. Aku bersetuju dan membenarkan nomborku diserahkan kepada rakannya.

Keesokan hari, satu mesej dari pesanan whatsapp masuk ke telefon bimbit dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan dan ingin menetapkan tarikh pertemuan denganku. Setelah berbincang beliau meminta izinku untuk bertemu pada sebelah petang di pejabat. Aku bersetuju dan berjanji akan menunggu kehadiran beliau.

"Selamat petang, saya ada temujanji dengan Puan Nor Azian" Seorang wanita berketurunan India, cantik orangnya namun kelihatan sedikit pucat dan keletihan lagaknya. Kebetulan aku berada di kaunter sedang memberi penerangan kepada seorang klien prosedur pendaftaran pusat jagaan.

"Kak..." Petugas kaunter memanggilku. Aku anggukkan kepala dan meminta wanita tersebut duduk sebentar. Aku perlu menyelesaikan klien di hadapanku ini terlebih dahulu. Selepas kira-kira 5 menit, aku menjemput wanita tadi masuk ke ruangan bilik rundingcara yang agak tertutup dan terlindung. Kerahsian dan privacy klien adalah sangat penting.

"Jemput duduk puan" Beliau duduk di sofa yang terdapat dalam bilik tersebut. Aku menutup pintu agar perbincangan kami diadakan dalam keadaan tertutup. Aku memilih dudu di sofa di hadapannya dan sedikit kehadapan agar aku boleh memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik. Seorang pekerja sosial harus memastikan kliennya dalam keadaan selesa sebelum memulakan sesi.

"Puan, saya adalah mangsa keganasan oleh suami saya..." dia menyelak lengan baju dan menunjukkan kesan lebam yang ada di beberapa bahagian tubuhnya sebelum aku sempat memulakan bicara. Andaian aku ketika ini ialah klien sudah tidak mampu lagi untuk menahan kesakitan akibat perbuatan suaminya. Klien kelihatan sangat tertekan ketika itu. Klien merupakan mangsa dari golongan profesional yang saya kendalikan sepanjang saya bertugas sebagai pegawai yang bertanggungjawab kes-kes keganasan rumah tangga. 

"Puan, sudah buat laporan polis?" 

"Belum, dan saya tidak boleh buat laporan polis sebab ibu saya.." klien kelihatan sugul dan mula mengalirkan air mata.  


Wednesday, January 2, 2019

SUAMIKU ADA SKIZOFRENIA

Esok dah nak kerja, aku sibuk menguruskan kelengkapan persekolahan sekolah anak-anak memandangkan esok hari isnin. Aku memandang jam di dinding menunjukkan waktu 5:15 petang. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi, nombor menunjukkan panggilan dari pusat panggilan bersepadu Talian Kasih JKM.

"Mesti ada kes ni" gumamku sambil terus mencapai telefon dan menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum..." aku memberi salam.

"Waalaikumussalam.. Puan, maaf mengganggu. Boleh bercakap dengan Puan Nor Azian?"

"Ya...saya"

"Puan, maaf kami menerima satu panggilan memaklumkan seorang perempuan telah didera oleh suaminya. Alamatnya ...bla..bla.." Pemanggil telah memberi maklumat yang lengkap kepadaku. Beginilah kehidupan kami pekerja sosial di JKM. Kami harus bersedia 24 jam jika keadaan memerlukan kami. Aku termenung sebentar dan memandang keluar rumah, hujan baru sahaja berhenti tetapi gerimis halus masih kelihatan. Aku menoleh pada suami. Suamiku memandang dengan pandangan pelik. Dia seperti mengerti ada panggilan penting dan memerlukan tindakan segera.

"abang tolong saya boleh?" tanyaku dengan lembut.

"awatnya?"

" Tolong bawa saya ke Klang sat, ada kes keganasan. NAk pergi seorang risau pulak, kalau nak minta bantuan polis bukan senang" jelasku. Sejak kami hidup bersama sebagai suami dan isteri, suamiku memang sering menjadi penyelamat keadaan. Aku senyum mengharap beliau mahu menemani aku ke lokasi.

"Sekarang?" Dia meminta kepastian dan aku mengangguk sambil tersengeh. Dia bangun dan terus mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya. Aku pun pantas memanggil anak-anak dan menyuruh mereka masuk ke kereta. Hari ini habis semua aku angkut bawa sekali. Semoga Allah mudahkan urusanku. Terima kasih abang.

Sebaik tiba di alamat yang diberi aku melihat persekitaran rumah yang sunyi dan seperti tiada orang. dalam keadaan aku baru nak memberi salam, tiba-tiba seorang perempuan separuh usia membuka datang menghampiriku.

"Puan dari JKM ker?" Aku mengangguk.

"Saya yang buat panggilan tadi, anak lelaki saya tu sakit jiwa, teruk dia pukul menantu saya tu. Saya kesian kat menantu. hari-hari kena" beliau menjelaskan keadaan tanpa aku sempat menyoal.

"Menantu puan ada di mana sekarang?" tenang aku menyoal.

"mari makcik tunjukkan...makcik takut, anak makcik tu gila...sakit" aku menuruti perempuan yang mengaku ibu kepada pelaku. Dia membawa aku masuk ikut pintu belakang dan memanggil menantunya keluar dari bilik. Seorang perempuan muda kelihatan takut-takut keluar dari bilik,. keadaan fizikal beliau sangat menyedihkan dengan kesan lebam di seluruh tubuh.

"Astaghfirullah..." aku berbisik sendiri dan sedikit terkejut melihat keadaan mangsa.

MANIS YANG KUBERI.....

Aku membelek buku diari dan merancang untuk mengambil cuti rehat mulai 12 November 2007 selama 5 hari. Keadaan yang semakin sarat menyebabkan aku tidak mampu lagi memandu kenderaan sendiri untuk menjalankan siasatan kes. Aku menyemak jika masih ada kes-kes yang diminitkan kepada aku belum selesai diambil tindakan. Tiba-tiba aku teringat ada satu kes permohonan kemasukan secara sukarela seorang warga emas yang terlantar ke institusi JKM atas faktor tiada waris. Kes pemohon di rujuk oelh ketua kampung. Memandangkan aku sudah nak bercuti, aku pantas mencapai fail dan kunci kereta. Aku mesti buat siasatan ke rumah hari ini juga.

"kak, saya ke Kubang Semang ya...." aku memaklumkan kepada kerani yang sedang tekun menjalankan tugasnya.

"haa...ok..ok.. hati-hati memandu. Awak tu dah sarat" Pesannya. Aku senyum kelat dan terus menuju ke kereta.

"Baby duk diam-diam tau, mama dank bawa kereta. semoga Allah mudahkan urusan mama hari ini" Memang itulah tabiatku setiap kali aku nak keluar menjalankan siasatan. Aku akan bercakap dengan bayi yang dikandung.

Selepas lima minit aku meninggalkan perkarangan pejabat, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Paparan di skrin menunjukkan panggilan dari pejabat. Aku mendengus.

"Hello"

"Azian...where are you now" sayup mendengar dihujung corong telefon suara bossku.

"Otw ke Kubang semang, ada kes" jelasku

"You, balik office sekarang boleh, ada urgent case...KRT...urgent"

"laa...kes yang saya nak pergi ni pun urgent, tak ada orang lain boleh tolong tengokkan ker?" suara aku agak sedikit keras.

"Tak adalah Azian, awak turn back to office now...tut..tut.." dia letak telefon terus. Bertambah geram pulak aku ketika itu. Mahu atau tidak aku melakukan pusingan U dan kembali semula ke pejabat. Sebaik tiba di tempat letak kenderaan, dengan kepayahan aku cuba keluar dari kereta kesayangan encik suami satria hijau. Aku melangkah masuk ke pejabat dengan wajah sedikit masam.

Aku terus menuju ke bilikku dan menghempas fail yang ku bawa tadi. rakan sebilikku hanya diam memandangku. Tidak lama, bossku muncul.

"Haa...Azian..tolong handle case Miss Lee" Dia cepat-cepat berlalu meninggalkan klien dengan aku. Aku memandang dengan perasaan geram ketika aku, aku menoleh kepada klien dan melihat dia tersenyum.

"oh...puan sedang pregnant ker?" nampak di wajahnya seperti kesal dan rasa bersalah.

"ya, jemput duduk puan" Aku cuba untuk mengawal perasaan marahku pada boss ku itu. Dalam fikiran aku sedang memikirkan apakah yang kritikal kes ni, pandangan mata kasar klien ini nampak sihat. Aku bingung......

BAHAGIA DICARI, DERITA YANG KU DAPAT

Pada tahun 2007, sedang aku sibuk meneliti fail-fail sampul kecil premis-premis taska dan pusat jagaan yang ada disekitar PKMD SPT yang telah  dikenalpasti, tiba-tiba seorang petugas kaunter yang bertugas petang itu mengetuk bilikku.

"Kak, ada satu kes KRT kat kaunter. Dia ada bawa surat rujukan dari polis" terangnya. Aku memandang wajahnya dan merasa sedikit tertekan. Sejak menjaga unit Warga Emas dan Keluarga ni hampir setiap hari aku kena mendengar kisah suami isteri bergaduh dan pukul memukul. Apakah perkahwinan hanya bersandarkan kepada nafsu sahaja.

"kak, nak saya panggil dia masuk dak?" Mengelamun lagi rupanya aku ni.

"haa...panggil dia masuk naaa?" Aku cepat-cepat alihkan fail-fail yang penuh atas meja agar klien tidak melihat meja aku yang bersepah.

"Assalamualaikum Puan" Klien menyapaku  di hadapan pintu bilik.

"Waalaikumussalam wbth.... jemput masuk" Aku hulur tangan dan salamku disambut. Aku meminta klien tersebut duduk di kerusi di hadapan  mejaku.

Ketika dia duduk, aku perasan ada kesan lebam kebiruan di beberapa bahagian wajahnya. Matanya merah dan bengkak kesan menangis yang berlebihan.. andaianku. Dari reaksi tingkahlaku,  cara duduk, dan bahasa badan kilien yang agak sedikit membongkok meramas tangan menjelaskan beliau dalam ketakutan dan kesakitan.

"Puan sudah buat laporan kepada polis" Aku mulakan bicara. Klien mengangguk dan menghulurkan satu sampul surat berisi surat rujukan daripada pihak polis kepada JKM untuk tindakan selanjutnya. Bukan semua kes keganasan rumah tangga akan dirujuk kepada JKM, melainkan mangsa memerlukan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) di bawah seksyen 4 Akta Keganasan Rumah Tangga. IPO ini adalah bertujuan menghalang pelaku berterusan melakukan penderaan terhadap mangsa dan tempoh sah selama mana siasatan polis berjalan. Sebaik sahaja polis selesai siasatan dan kertas siasatan dikemukakan kepada pihak pendakwaan IPO tidak lagi sah. Pada ketika inilah Klien harus diberi penjelasan dan penerangan sebaik-sebaiknya. Klien juga harus diberi penerangan bahawa dalam tempoh IPO tersebut mereka tidak boleh didekati oleh pelaku ini bermakna tidak boleh tinggal serumah.

Setelah meneliti salinan repot polis dan surat rujukan daripada pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 321 Kanun keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera. Pelaku adalah suami klien itu sendiri dan dari kesan fizikal aku nampak beliau menjadi mangsa penderaan fizikal. Dalam akta terdapat tiga jenis penderaan iaitu fizikal, seksual dan emosi. Penderaan emosi adalah paling sukar ditentukan melainkan pengesahan daripada pakar perubatan.

"Sudah berapa lama keadaan ni?"

"Lama dah puan, akak ni dah hampir sepuluh tahun hidup bersama-sama dia. awal-awal dulu oklah, lepas anak sulung lahir dia pun mulalah naik kaki, tangan kat akak. minta maaf pastu buat balik...tak tahan dah" luahnya dengan suara tersekat-sekat.

Sebagai Pekerja Sosial kami telah dilatih untuk bersedia dengan apa juga kemungkinan klien yang hadir. Etika dan prinsip kerja sosial itu sangat penting bagi memastikan ketelusan ketika mengendalikan klien. Kerahsiaan adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pengendalian kes KRT.

Rujukan : Jal Zabdi Bin Mohd Yusoff (2003), Akta Keganasan Rumah Tangga 1994: Langkah mengatasi Keganasan Rumah Tangga.

BIODATA

Pemilik nama ini merupakan anak sulung dari empat adik beradik terdiri dari tiga orang perempuan dan seorang lelaki. Perjalanan hidupnya  yang penuh dengan pelbagai onak duri, membesar dalam kehidupan serba kekurangan dan kemiskinan menjadikan dirinya ini seorang berhati keras dan tidak mudah mengalah.

Impian untuk menulis telah wujud sejak masih di alam persekolahan lagi. Mula berjinak-jinak menulis cerpen untuk terbitan majalah tahunan sekolah. Tidak terhenti di situ ketika penulis berada dalam Tingkatan Enam Sekolah Raja Chulan Ipoh, namanya  terpilih menduduki Sidang Ridaksi Majalah Tahunan 1993. Kesempatan itu digunakan oleh penulis untuk belajar bagaimana memperkukuhkan kemahiran menulisnya. Namun tidak semua impian itu mudah untuk dicapai tanpa bimbingan dan mentor yang baik.

Hasrat untuk membukukan kisah sendiri adalah kerana penulis merasakan walaupun nampak kisahnya  sama dengan orang lain namun ia tetap berbeza dari segi watak, lokasi dan situasinya. Penulis sering berangan-angan untuk melahirkan sebuah novel kisah benar sebagai pengajaran kepada insan lain.

Harapan penulis agar kisah yang dikongsikan dapat dijadikan sebagai iktibar kepada orang lain serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap mereka yang memerlukan bantuan. Melalui penulisan ini juga diharapkan masyarakat luar sedar akan peranan penting Pekerja Sosial sebagai agen perubahan tingkahlaku sosial yang sangat penting. Impian penulis adalah untuk melihat peranan Pekerja Sosial diberi penghargaan yang sewajarnya oleh pihak berwajib bagi memastikan motivasi golongan ini tidak terhenti separuh jalan.

AKU MASIH DAHAGAKAN ILMU

"Assalamualaikum" 

"waalaikumussalam" suamiku menjawab salamku di hujung talian. 

"Abang ada kat mana?" 

"ada kat Shazz ni, lapaqlah pulak...awak ada di mana ni?" soal suami kepada saya. 

" Ada kat Seri Muda, baru lepas buat pemantauan TASKA dan Pusat jagaan. Saya belum makan dan rehat lagi ni" Saya merintih pada suami. Benar saya belum rehat dan makan sejak saya keluar dari pejabat di Klang ke Seri Muda, Shah Alam. Sekarang jam telah menunjukkan jam 4 petang. Patutlah perut berkeroncong. Aku hanya sempat berhenti solat di Masjid Padang Jawa dan kembali meneruskan kerja lawatan pemeriksaan mengejut ke premis TASKA dan pusat jagaan. Inilah rutin tugasku sejak bertugas di unit penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang. Aku harus menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut bagi memastikan pengusaha TASKA dan pusat jagaan mematuhi kehendak dan peraturan yang telah termaktub dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993.

Selain itu aku juga mengendali kes-kes keganasan rumahtangga yang memerlukan perlindungan dan perintah perlindungan serta khidmat nasihat selaras yang terkandung dalam Akta Keganasan Rumahtangga 1994. Unit penguatkuasaan yang aku kendalikan juga melaksanakan operasi menyelamat pengemis dan kuturayau sebagaimana yang termaktub dalam Akta Orang-orang papa 1977. 

"awat yang buat kerja sampai tak makan, mailah sini?" Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila suami menegurku dihujung talian. 

"ok..sat, lagi 10 minit saya sampai" Aku pantas memandu ke arah Restauran Shazz di seksyen 19 yang tidak jauh dari kedudukan aku ketika itu. 

Sedang asyik melayan hidangan dan sambil berbual-bual kosong dengan suami, telefon bimbit saya berdering dengan nombor yang tertera pangkal 04. Aku tunjuk pada suami nombor telefon tu. Suami menyuruh aku menjawab panggilan itu. Aku seret skrin telefon tanda panggilan disambut. Di hujung talian terdengar suara Dr Zarina Mat Saad Penyelia Program Sarjana Kerja Sosial UUM, Sintok. 

"Assalamualaikum Azian, saya Zarina dari UUM Sintok. Azian pernah mesej dan bertanya saya mengenai program post-graduade. Azian masih berminat lagi ker nak sambung Master?" 

Ya Allah, nikmat apakah ini, baru sahaja aku suarakan hasrat untuk menyambung kembali pengajian kepada suami, tiba-tiba panggilan ini masuk. Cepat sungguh Allah menunaikan doaku... ALLAH HU AKHBAR

MENGUTIP PAHIT MANIS DUNIA KERJA SOSIAL

16 Disember 2006, aku selamat bergelar seorang isteri. Pahit getir perjalanan hidupku tidak habis begitu sahaja. Syukur Alhamdulillah suamiku menghulur tangan menyambutku dari terus terjatuh. Memandang suamiku pulang ke negerinya di Kedah atas faktor pekerjaan, aku memohon pertukaran ke PKMD Seberang Perai Tengah. Kami menetap di Kulim berhampiran rumah mertuaku. Ketika itu aku telah hamilkan anak sulongku lebih kurang 6 bulan.

Bertugas di PKMD SPT aku diberi amanah menjaga unit Warga Emas dan Orang Papa serta unit TASKA dan Pusat Jagaan serta dilantik sebagai Penyelaras Statistik Daerah. Jika sebelum ini aku bertugas di JKM negeri cabarannya agak berbeza sama sekali bertugas di daerah. Dengan portfolio yang aku galas ketika itu aku bertemu dengan pelbagai kes keganasan rumahtangga. Ada suami mengadu didera oleh isteri, ada isteri yang mendapat kecederaan parah akibat didera oleh sisuami, ada perselisihan faham ekoran campur tangan pihak ketiga dan lain-lain.

Satu hari sedang aku memandu ke Kubang Semang dalam keadaan perut yang semakin membesar dan sarat untuk menjalankan siasatan kes permohonan kemasukan secara sukarela ke Rumah Seri Kenangan dari seorang pemohon warga emas tanpa waris telefon bimbitku berdering. aku lihat di paparan skrin telefon nombor pejabat tertera. Aku tekan butang angkat dan dihujung talian terdengar suara ketua PKMD SPT CIK Lim Bee Choo.

"Hello...ya Miss Lim"

"Azian, awak di mana?" beliau bertanya kedudukan aku sekarang.

"OTW ke Kubang Semang untuk siasatan kes, kenapa?"

"awak balik pejabat sekarang...ada satu kes KRT urgent!"

"haa...orang lain takkan tak boleh tolong buat Miss Lim, kes yang saya nak pergi siasat ni pun urgent." aku geram sangat ketika ini, takkan pegawai lain atau dia sendiri tak boleh kendalikan kes tersebut.

"urgent Azian, come back ok...tut..tut..tut" Panggilan diputuskan oleh beliau. Mahu atau tidak aku harus kembali ke pejabat, pada masa yang sama dalam fikiran aku ligat memikirkan apalah yang istimewa kes ini sehingga beliau memaksa aku kembali ke pejabat semula?

UJIAN DAN MANISNYA KEJAYAAN

Sedar tak sedar pengajianku di UPM secara jarak jauh bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia telah memasuki Tahun kedua. Alhamdulillah, rezekiku juga dimurahkan oleh Allah. 16 Disember 2002 merupakan tarikh aku melaporkan diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. 

"Tahniah Yan di atas kenaikan pangkat" rakan-rakan setugas tidak putus-putus mengucapkan tahniah. 

Ya, jika nak diikutkan aku antara pembantu paling cepat naik ke jawatan penolong pegawai ketika itu. ada yang bertahun-tahun mencuba nasib gagal, rezeki aku tambahan mungkin keadaan aku ketika itu sedang belajar banyak membantu keyakinan aku berhadapan dengan penilai temuduga.

Ketika inilah aku mula mengenali adik-adik junior Hasliana, Jamilah, Sharty, Anuwar, Maslinda, Awang, Norhasnah dan ramai lagi. Kami sama-sama melaporkan diri namun akhirnya hanya tinggal Sharty gadis berasal dari negeri Sabah yang sangat manis. Kami berdua di tempatkan di JKMN Perak manakala rakan-rakan yang lain dihantar bertugas ke daerah seluruh negeri Perak. Tinggallah aku dan Sharty. 

memandangkan pejabat dengan rumah emak tidak jauh, aku kembali tinggal bersama-sama emak. Adikku Mala ketika ini telah memperolehi pekerjaan di negeri Melaka, maka aku tinggal bersama-sama emak dan adik perempuan bongsuku Laile. Alhamdulillah, segala-galanya dalam keadaan baik pada awalnya, sehinggalah satu hari Hospital Teluk Intan menghubungiku memaklumkan keadaan abah yang semakin kronik. Allah Hu Akhbar. Selama enam bulan aku berulang-alik antara Ipoh - Teluk Intan-Ipoh. Ketika ini pengajianku sedikit goyah dan aku hampir-hampir terkandas kerana tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran ketika itu. Mana dengan cabaran tugasan baru, berulang-alik melihat keadaan abah yang sakit tenat menjadikan aku kepenatan dan kurang fokus. 

Keadaan hanya kembali normal selepas abah meninggal dunia pada 13 un 2003. Aku kembali memberi tumpuan kepada pengajian dan setahun selepas itu aku berjaya. Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah...



BERMULANYA SEBUAH PENGEMBARAAN PENCARIAN ILMU

Pada satu hari dalam bulan Mei tahun 2000 rakan sekerja pejabat Nirmala beritahu beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UPM bagi Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Aku yang ketika itu sedang sibuk menyelesaikan kajian semula kes berhenti dan bergerak ke mejanya.

"wahhh...tahniah Mala. Macam mana Mala minta?" Aku menyoalnya.

"Ni ha...." Mala menunjuk keratan iklan tersebut.

"Yan pun boleh minta, Yan  kan ada STPM?" Mala ni kan umpama menyorong bantal kepada orang yang sedang mengantuk.

"Yan memang minat nak sambung belajar lagi Mala, dah lama simpan impian ni" Aku meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Impian menggenggam segulung ijazah.

Aku juga ingin menjadi anak kebanggaan emak sebagaimana adikku Mala.

"Macam mana nak apply ni Mala?"

"Yan call nombor tu" usul teman baikku ini. Tanpa banyak bicara pantas aku mendail nombor tertera. Semangatku berkobar-kobar ketika itu. Semoga ada sinar untukku di hujung jalan.

SIRIH PULANG KE GAGANG

" Yong...Yong...nah" emak hulur satu sampul besar bertulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA berwarna cokelat cair. Aku yang ketika itu sedang demam berusaha bangun dalam keadaan terketar-ketar. 

"Keputusan temuduga yong ni mak" Aku hampir nak menjerit dan menangis. Emak terus duduk sebelah aku. Sudah lama aku tidak nampak kelembutan di wajah emak terhadap aku, tapi hari ini aku nampak pengharapannya sangat besar terhadap aku. Aku buka sampul itu dalam keadaan terketar-ketar sambi air mata telah mula bertakung di kelopak mata.

"Bismillah....."

"ha...macam mana" emak tidak sabar hendak tahu apakah keputusan temuduga jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat atau Pembantu Kebajikan Masyarakat yang telah aku hadiri bulan lalu. 

"Alhamdulillah....syukurrrrr...yong dapat mak..."

"Alhamdulillahhhh.." mak kelihatan sangat gembira ketika itu. Kelihatan airmatanya mengalir kesyukuran. Aku sebak. 

"Yong diminta melaporkan diri pada 1 Oktober 1997 dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, Teluk Intan" Aku terdiam sebentar, aku pandang wajah emak. 

"tak apalah...janji dapat" emak senyum dan bangun berlalu ke dapur. 

Aku masih tertanya-tanya kenapa Teluk Intan? Aku tak suka duduk di Teluk Intan. Kenapa mereka hantar aku ke sana. Aku nak menangis, tapi aku tahan sebab aku tidak mahu merosakkan emosi emak ketika itu terhadap aku. Wajarkah aku terima tawaran ini....hurmmmmm

AMARAN

1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara http://kisahdankehidupan.blogspot.com/

2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah, mengedarkan atau menjual E-book ini kepada pihak lain.

3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook ini tanpa melalui http://kisahdankehidupan.blogspot.com/

5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral dan beretika.


Yang Benar : Nor Azian Sharfador Khan
https://www.facebook.com/Nor Azian Sharfador Khan

KEMBALI

" Yan dah fikir habis-habis nak berhenti ni" Kak Gie rakan sebilikku memohon kepastian dengan keputusanku itu.

"Ya Kak, Yan nak sambung belajar balik, kebetulan Yan dah dapat kerja di Ipoh. Mak minta Yan balik kak" jelasku. Sedih aku nak berpisah dengan kak Gie, ialah dia orang yang pertama menyapa ketika aku mula-mula masuk ke asrama pekerja tersebut. Beliaulah orang yang selalu menemani aku kerana rezeki kami bekerja di seksyen yang sama dan waktu kerja yang sama. Beliau jugalah teman berbual aku bila kami tinggal berdua sahaja di rumah di waktu rakan serumah yang lain bekerja atau keluar. Beliau jugalah teman merayap aku ke KOMTAR ketika itu. Allah hu akhbar, sedihnya nak berpisah dengan insan yang sangat baik umpama kakakku sendiri. Beliau terlalu baik buatku. Beliau juga sering jadi posmen kepada lelaki-lelaki yang ingin mendekati aku. Namun biasalah aku kekal dengan sikap berhati-hati terhadap lelaki... senang cerita aku ni anti lelaki, jadi mana mungkin ada lelaki ketika itu mendekati aku dengan mudahkan???

"Alahai, siapa nak temankan akak merayap ke KOMTAR dan Pekan Rabu?" Rintihnya. Bertambah sedih pulak aku melihat keadaan kakakku seorang ni.

"Akak kan dah nak kahwin dengan ehemmm tu... ajaklah dia temankan" aku cuba bergurau agar suasana tidak terlalu sedih. Beliau tersipu malu, dan kami ketawa bersama-sama. Beginilah keadaan aku di perantauan. Di usia 20 tahun aku sudah berani merantau ke negeri orang dan menumpang kasih dengan orang lain. Namun kini aku harus kembali setelah merasakan aku perlu lakukan sesuatu demi masa depanku sendiri.

MERAJUK

" Kenapa awak berhenti dari YAMAHA? Di sana awak sudah jadi "leader" ? di Sony awak kena mula balik sebagai operator pengeluaran." Terang pegawai dari kilang Sony Perai yang menemuduga aku.

"Tak mengapa puan, saya nak mencari pengalaman baru aja". Jelasku, yang pasti sebenarnya aku kecil hati dan merajuk dengan emak, ialah sejak adikku Mala masuk program matrikulasi emak seperti menyisihkan aku dan semua yang aku buat dianggap salah. Pernah satu ketika aku difitnah oleh jiran kononnya aku ni keluar dengan lelaki dan tak balik rumah tiga hari tiga malam. Walhal dunia aku sejak menjawat jawatan gadis kilang ni ialah keluar rumah bekerja nampak bulan, balik pun nampak bulan. Semua tu aku lakukan demi mencari pendapatan lebih untuk menyara mak dan adik-adik. Ada sahaja kesalahan aku dicari, pernah juga emak tak bertegur sapa dengan aku untuk satu tempoh masa yang lama. ketika itu aku memilih bekerja siang dan malam demi mencari duit lebih. aku nak bahagiakan emak, nak senangkan emak.

Aku berlagak tiada apa-apa ketika di kilang. di tempat kerja aku terkenal dengan sikap periang dan tidak sombong. Gaya seperti lelaki atau tomboy. aku tidak kisah langsung dengan perkara lain hatta aku tidak seperti gadis remaja seusia aku yang sibuk dengan teman lelaki atau alat solek. Tapi biasalah kan, sampai satu tahap aku sangat tersentuh bila emak buat endah tak endah. Hari ini aku nekad ke Taiping sendirian menghadiri temuduga terbuka jawatan operator pengeluaran kilang Sony Perai. Alhamdulillah, aku berjaya dan aku diminta kembali seminggu lagi di tempat sama dengan keperluan seperti pakaian dan kelengkapan asas. paling aku bersyukur pihak Sony ada menyediakan asrama pekerja. jadilah....

Ketika dalam bas perjalanan pulang ke Ipoh, aku sukar nak lelapkan mata, memikirkan bagaimana aku mahu memberitahu keputusan aku untuk berhijrah ke Pulau Pinang ni. Keyakinan aku emak pasti akan sentap dan bertambah marah pada aku. Apakah aku akan tetap kekal dengan pilihan aku atau menurut kata emak????

GADIS KILANG

Sebaik tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, aku memilih memasuki pasaran kerja sektor perkilangan. Niat aku ketika itu mahu memenuhi masa sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan menyimpan sedikit wang sebagai bekalan manalah tahu jika keputusan STPM aku melayakkan aku menjejak kaki ke universiti nanti. Aku bukan datang dari keluarga kaya.  Emak pulak kerja tak menentu. Selain daripada itu dapat juga aku bantu perbelanjaan keluarga.

"Mala jom kita minta kerja kat YAMAHA nak?" Kebetulan adikku ini juga baru sahaja tamat peperiksaan SPM.

"Ada kosong ker?" soalnya kembali. Aku angguk dan tersenyum. Pergilah kami berdua menaiki basikal ke Zon Perindustrian Bebas Kinta di Klebang untuk mencuba nasib. Alhamdulillah rezeki kami baik. Kami berdua di terima bekerja sebagai Operator pengeluaran dengan gaji asas sebanyak RM275.00 sebulan. Jika kami rajin dan jaga disiplin kehadiran akan dapat elaun tambahan. Jadilah kan, daripada kami duduk melengung (termenung) sahaja.

Maka bermulalah rutin kami berdua beradik ketika itu sebagai gadis kilang. Dengan gaji yang kami terima dapatlah kami membantu perbelanjaan di rumah. Namun ia tidak kekal lama, kerana MAla berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM dan aku cukup-cukup lulus aja. Mala ditawarkan Program Matrikulasi USM dengan bantuan biasiswa.

Aku? Nampaknya aku terpaksa terus jadi minah kilanglah nampaknya

TERIMA KASIH JKM DAN BAITULMAL

"Tak apa kak, dia nak sekolah lagi bagi aja kak" Pegawai Baitulmal berbicara pada mak. aku yang berdiri di sebelah emak memandang tepat wajah emak. Ada harapan dan sinar di situ. aku semakin teruja.

Mujur ketika itu Allah membuka lorong-lorong bantuan untuk kami. Harapan aku semakin menampakkan sinar apabila Baitulmal dan JKM tidak lokek membantu kami sekeluarga.

Kami adik-beradik bertuah kerana kedua-dua agensi ini banyak menyokong kami untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Hanya pendidikan sahaja peluang yang kami ada.

Kami yakin dengan pendidikan yang sempurna kami mampu mengubah nasib keluarga kami. Ya, walaupun aku bukanlah kategori pelajar pintar, namun aku yakin aku pasti boleh berjaya. 

Tuesday, January 1, 2019

SEJARAH YANG TIDAK PERNAH PADAM


Kehidupan aku sejak dari kecil tidak seindah yang ramai orang lihat hari ini. Aku membesar dalam keluarga yang sangat miskin, umpama bagai aur dengan tebing begitulah aku dan kemiskinan. Aku membesar dalam suasana ruang lingkup yang sarat dengan pelbagai isu sosial ketika itu, selain kemiskinan, isu dadah, arak dan judi melingkari kehidupan aku dan keluarga. Apa makna sebuah kehidupan pada aku ketika itu? Ketika itu aku sering membayangkan sebuah keluarga yang harmoni, emak dan abah yang penyayang, tidak susah dan kami bahagia dalam dunia kami. Namun demikian ia hanyalah sebuah mimpi bagi aku ketika itu. 
Apa ya g ada hanya ungkapan keramat dari seorang ibu.
"Mak ni buta huruf, takkan komer pun nak jadi macam mak?" 
Itulah emakku yang walaupun kehidupan lampau dia penuh dengan kepayahan dia tetap berusaha untuk jadikan anak-anak dia insan yang berjaya. keinginan untuk melihat anak-anak mengecapi kejayaan dalam hidup adalah impiannya.

PENGHARGAAN