Sebaik tamat peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, aku memilih memasuki pasaran kerja sektor perkilangan. Niat aku ketika itu mahu memenuhi masa sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan dan menyimpan sedikit wang sebagai bekalan manalah tahu jika keputusan STPM aku melayakkan aku menjejak kaki ke universiti nanti. Aku bukan datang dari keluarga kaya. Emak pulak kerja tak menentu. Selain daripada itu dapat juga aku bantu perbelanjaan keluarga.
"Mala jom kita minta kerja kat YAMAHA nak?" Kebetulan adikku ini juga baru sahaja tamat peperiksaan SPM.
"Ada kosong ker?" soalnya kembali. Aku angguk dan tersenyum. Pergilah kami berdua menaiki basikal ke Zon Perindustrian Bebas Kinta di Klebang untuk mencuba nasib. Alhamdulillah rezeki kami baik. Kami berdua di terima bekerja sebagai Operator pengeluaran dengan gaji asas sebanyak RM275.00 sebulan. Jika kami rajin dan jaga disiplin kehadiran akan dapat elaun tambahan. Jadilah kan, daripada kami duduk melengung (termenung) sahaja.
Maka bermulalah rutin kami berdua beradik ketika itu sebagai gadis kilang. Dengan gaji yang kami terima dapatlah kami membantu perbelanjaan di rumah. Namun ia tidak kekal lama, kerana MAla berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM dan aku cukup-cukup lulus aja. Mala ditawarkan Program Matrikulasi USM dengan bantuan biasiswa.
Aku? Nampaknya aku terpaksa terus jadi minah kilanglah nampaknya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
https://englishissupereasy.blogspot.com/ Ebook ini sangat mudah untuk difahami dan membantu pelajar dan ibubapa. Penggunaan bahasa Inggeri...
-
Firdaous Mohd https://kembaradibumimesir.blogspot.com eBook ini adalah bacaan ringan dan santai tapi mempunyai informasi yang sangat bai...
-
Pagi itu hari Isnin dalam bulan Oktober 2018 cuaca sedikit dingin. Aku mengambil peluang berdiri di koridor pejabat pentadbiran memandang pe...
No comments:
Post a Comment