Kehidupan aku sejak dari kecil tidak seindah yang ramai orang lihat hari ini. Aku membesar dalam keluarga yang sangat miskin, umpama bagai aur dengan tebing begitulah aku dan kemiskinan. Aku membesar dalam suasana ruang lingkup yang sarat
dengan pelbagai isu sosial ketika itu, selain kemiskinan, isu dadah, arak dan judi
melingkari kehidupan aku dan keluarga. Apa makna sebuah kehidupan pada aku ketika itu? Ketika itu aku sering membayangkan sebuah keluarga yang harmoni,
emak dan abah yang penyayang, tidak susah dan kami bahagia dalam dunia kami.
Namun demikian ia hanyalah sebuah mimpi bagi aku ketika itu.
Apa ya g ada hanya ungkapan keramat dari seorang ibu.
"Mak ni buta huruf, takkan komer pun nak jadi macam mak?"
Apa ya g ada hanya ungkapan keramat dari seorang ibu.
"Mak ni buta huruf, takkan komer pun nak jadi macam mak?"
Itulah emakku yang walaupun kehidupan lampau dia penuh dengan kepayahan dia tetap berusaha untuk jadikan anak-anak dia insan yang berjaya. keinginan untuk melihat anak-anak mengecapi kejayaan dalam hidup adalah impiannya.
No comments:
Post a Comment