Pemilik nama ini merupakan anak sulung dari empat adik beradik terdiri dari tiga orang perempuan dan seorang lelaki. Perjalanan hidupnya yang penuh dengan pelbagai onak duri, membesar dalam kehidupan serba kekurangan dan kemiskinan menjadikan dirinya ini seorang berhati keras dan tidak mudah mengalah.
Impian untuk menulis telah wujud sejak masih di alam persekolahan lagi. Mula berjinak-jinak menulis cerpen untuk terbitan majalah tahunan sekolah. Tidak terhenti di situ ketika penulis berada dalam Tingkatan Enam Sekolah Raja Chulan Ipoh, namanya terpilih menduduki Sidang Ridaksi Majalah Tahunan 1993. Kesempatan itu digunakan oleh penulis untuk belajar bagaimana memperkukuhkan kemahiran menulisnya. Namun tidak semua impian itu mudah untuk dicapai tanpa bimbingan dan mentor yang baik.
Hasrat untuk membukukan kisah sendiri adalah kerana penulis merasakan walaupun nampak kisahnya sama dengan orang lain namun ia tetap berbeza dari segi watak, lokasi dan situasinya. Penulis sering berangan-angan untuk melahirkan sebuah novel kisah benar sebagai pengajaran kepada insan lain.
Harapan penulis agar kisah yang dikongsikan dapat dijadikan sebagai iktibar kepada orang lain serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap mereka yang memerlukan bantuan. Melalui penulisan ini juga diharapkan masyarakat luar sedar akan peranan penting Pekerja Sosial sebagai agen perubahan tingkahlaku sosial yang sangat penting. Impian penulis adalah untuk melihat peranan Pekerja Sosial diberi penghargaan yang sewajarnya oleh pihak berwajib bagi memastikan motivasi golongan ini tidak terhenti separuh jalan.
Wednesday, January 2, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
https://englishissupereasy.blogspot.com/ Ebook ini sangat mudah untuk difahami dan membantu pelajar dan ibubapa. Penggunaan bahasa Inggeri...
-
Firdaous Mohd https://kembaradibumimesir.blogspot.com eBook ini adalah bacaan ringan dan santai tapi mempunyai informasi yang sangat bai...
-
Pagi itu hari Isnin dalam bulan Oktober 2018 cuaca sedikit dingin. Aku mengambil peluang berdiri di koridor pejabat pentadbiran memandang pe...
No comments:
Post a Comment