Pagi ini dapat panggilan daripada PKM Ayu yang bertugas memaklumkan seorang penghuni kami menolak untuk mengikuti aktiviti pemulihan daripada jurupulih terapi fizikal. Nampak gayanya aku harus turun bertemu sendiri penghuni ini.
Sebaik tiba di hadapan unit fisio, Nurin ada di sana. Dari jauh dia dah tersengeh-sengeh memandang aku.
"Mommy, hari ini saya dok mahu buat fisio" Belum sempat aku bertanya dia sudah beritahu. Alahai, Nurin buat aku penat berjalan dari pejabat pentadbiran ke bahagian operasi, sudahlah institusi ini sangat luas kawasannya.
Aku berusaha memujuknya. Dia beritahu sedang rindukan kakaknya yang berada di kampung. Mujur dia mahu menyambung kembali latihan tersebut setelah aku berjaya memujuknya. Aku bergegas kembali ke pejabat kerana ada tetamu sedang menanti.
Nurin, asal dari Terengganu di hantar ke institusi ini dengan tujuan menjalani pemulihan anggota kaki yang telah patah agar boleh kembali berjalan dan berdikari. Pada masa yang sama beliau mengalami masalah kecacatan kategori masalah pembelajaran (Lembam). Semoga impiannya menjadi kenyataan. Impiannya hanya satu kini iaitu mahu kembali ke pangkuan kakaknya di Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
https://englishissupereasy.blogspot.com/ Ebook ini sangat mudah untuk difahami dan membantu pelajar dan ibubapa. Penggunaan bahasa Inggeri...
-
Kejayaan tidak datang dengan sendirinya. Kejayaan perlu ada keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh. Aku sangat bersyukur dengan kasih-sa...
-
Ujian, cabaran dan dugaan adalah perkara yang kita tidak suka. Begitu juga aku. Dahulu aku sering mengeluh, menangis dan menyesali dengan k...
No comments:
Post a Comment